Search This Blog

Suri Rumah Tapi Serba Boleh – Dari Dapur ke Event di Sky Awani!

 Alhamdulillah... walaupun bergelar suri rumah sepenuh masa, saya tetap cuba manfaatkan masa dengan buat macam-macam kerja sampingan. Suami pula ada bisnes kecil beli minyak masak terpakai — dan sambutannya makin hari makin menggalakkan.





Baru-baru ni, kami dijemput ke satu event yang berlangsung di Sky Awani, Sentul. Bila suami ajak, saya terus setuju nak teman dia. Fikir balik, nasib baik saya yang ikut, kalau bawa anak sulung kami... mahu pening kepala ayahnya! Hahaha! Anak sulung tu memang jenis nak ikut ayah ke mana pun dia pergi. Tapi kali ni, tak jadi ikut, nak duduk rumah katanya. Lega sikit! πŸ˜…

Pagi tu memang sibuk — bersilat di dapur siapkan makan untuk abang dan angah yang tinggal di rumah. Si adik pula kami hantar ke rumah nenek. Sempat pesan kat abang, tolong pastikan angah ulangkaji pelajaran sebab minggu ni ada peperiksaan.Biasalah anak no 2 nakal dia lain sikit hahah

Sampai je di event, memang tak menang tangan! Orang tak putus-putus datang dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. Kami urus jual beli minyak, timbang, kira, transfer... fuhh, memang penat tapi seronok!



Event tu pun meriah sangat – ada jualan makanan, pakaian pre-loved, pameran haiwan dan pertunjukan kebakaran dari bomba. Ramai yang bawa anak-anak, penuh dengan gelak tawa dan suasana riuh rendah. Kami? Berdiri je la sambil senyum… dan tahan lenguh kaki. πŸ˜„Tak sempat nak jalan-jalan tengok orang jual apa.Sampai tak sempat nak ambil gambar dekat event.Alhamdulillah Minyak terpakai yang kami dapat kumpul masa event tu 378kg..semput kereta Nissan hahah.

Lepas event terus pergi hantar ke Kilang di Rawang.sampai ke Kilang dekat pukul 6.30. Sebab berhenti kat Petronas Solat..Lepak-lepak jap makan Sate Ikan dan Burger Otai.Kat event tak sempat nak beli, Busyyy..



Walaupun penat, saya bersyukur sangat. Dapat bantu suami, tambah pendapatan keluarga, urus rumah tangga, dan pada masa yang sama, belajar benda baru. Hidup ni memang tak pernah sunyi — tapi itulah yang buat ia lebih bermakna.

Suri rumah pun boleh jadi hebat, asalkan kita rajin dan pandai urus masa. Bukan mudah, tapi in shaa Allah, semua jadi mudah bila kita buat dengan ikhlas dan niat yang betul πŸ’ͺ❤️




No comments:

Post a Comment

Translate

Suri Rumah Tapi Serba Boleh – Dari Dapur ke Event di Sky Awani!

 Alhamdulillah... walaupun bergelar suri rumah sepenuh masa, saya tetap cuba manfaatkan masa dengan buat macam-macam kerja sampingan. Suami ...