Search This Blog

🌸 Ulang Tahun Si Kecil Mulut 'Ibu' – Dah 8 Tahun Dah Anak Dara Kita! πŸŽ‚πŸ’•

 


2 Julai lepas… cukup 8 tahun umur anak perempuan saya satu-satunya.
Anak dara sorang ni… copy paste perangai ibunya.
– Suka berleter ✅
– Tak suka mengaku salah ✅
– Tapi tetap manja dan paling senang ‘cairkan’ hati ayah dia ❤️



Bayangkan… hadiah birthday yang dia minta tahun ni bukan mainan, bukan kek unicorn besar, tapi...

"Boleh tak Ibu & ayah JANJI tak marah baby sepanjang bulan Julai?" πŸ˜…

Minta hadiah yang paling mencabar dalam dunia keibubapaan kot! Hahaha.

🧁 Si Bongsu (Tapi Bossy) Dalam Keluarga

Dia satu-satunya perempuan dalam rumah ni. Jadi memang automatik jadi permaisuri kecil la kan. Apa yang dia nak… selalunya ayah dia akan usaha cari juga. Sebab, katanya:

"Ala… dia sorang je anak perempuan kita."

Betul pun. Kalau dia minta 100x, ayah dia akan fikir macam mana nak tunaikan jugak πŸ˜†
Kalau kena marah sikit je, muncung sedepa… tapi 5 minit lepas tu peluk balik macam tak jadi apa.

πŸ’– Dari Seorang Ibu...

Sayang, walau awak dah besar 8 tahun, dalam mata Ibu awak tetap baby yang Ibu peluk masa hari pertama lahir dulu.

Ibu tahu kadang-kadang Ibu banyak berleter (eh, macam baby jugak kan?), tapi semua tu sebab Ibu nak awak jadi perempuan yang kuat, baik hati & pandai jaga diri.

Selamat ulang tahun, buah hati Ibu & ayah.
Doa kami sentiasa – jadi anak solehah, gembira dunia akhirat, dan jangan lupa...
kalau nak hadiah birthday tahun depan, kita bincang bulan Ogos ya? 😜



Tulis dah lama lupa nak post πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

No comments:

Post a Comment

Translate

πŸŽ‚ Selamat Hari Jadi Angah yang ke-12! πŸŽ‰

2 Ogos setiap tahun memang tarikh keramat untuk keluarga kecil kami — hari lahir Angah, anak nombor dua yang penuh dengan karakter unik dan ...