Search This Blog

Jerebu Dah Datang Lagi! Udara Tak Bersih, Hati Tak Tenang 😷

 

Kalau korang perasan, sejak minggu lepas langit dah makin kelabu — dan bukan sebab cuaca romantik nak hujan. Tapi sebab jerebu yang makin menebal kat beberapa kawasan di Malaysia! 😞

Mengikut bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) semasa, ada beberapa tempat yang dah catat bacaan tidak sihat dan ada juga hampir cecah tahap sangat tidak sihat. Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1422307/4-lokasi-rekod-bacaan-ipu-tidak-sihat-nilai-paling-tinggi

  • Shah Alam

  • Nilai

  • Batu Muda, KL

  • Bukit Rambai, Melaka

Apa punca jerebu ni? Seperti biasa, gabungan pembakaran terbuka (dalam & luar negara), cuaca kering, dan angin yang "pandai" bawa asap dari satu tempat ke tempat lain. Hasilnya? Kita semua jadi mangsa. Mata pedih, hidung gatal, dan kalau ada anak kecil atau warga emas, lagilah kena jaga lebih.

Penapis Udara: Kawan Baik Musim Jerebu

Kalau sebelum ni kita fikir penapis udara cuma untuk orang yang ada alahan, sekarang ni semua orang patut ada satu di rumah (atau pejabat!). Dengan udara luar yang dah tak boleh dijamin bersih, kita kena pastikan udara dalam rumah sentiasa selamat untuk bernafas.

Dan antara jenama yang tengah jadi pilihan sekarang ni: Penapis Udara HIt 💨



Kenapa HIt? Meh sini aku share kenapa penapis udara ni sesuai sangat untuk musim jerebu:

✅ HEPA H13 Filter

Bukan calang-calang filter tau. HEPA H13 ni boleh tapis 99.97% partikel halus sekecil 0.3 mikron — termasuk habuk, debu halus jerebu, dan spora kulat!

✅ 360° Purification

Tak kisahlah penapis ni letak kat mana dalam bilik, sebab dia sedut dan bersihkan udara dari setiap arah. Takde sudut yang tertinggal!

✅ Ionizer + Plasmaster

Gabungan yang power – ionizer bantu neutralkan zarah-zarah halus & bakteria, manakala Plasmaster pula lawan bau-bauan tak best dan virus. Pendek kata, bukan sekadar tapis, tapi bersihkan betul-betul.

Jadi, Apa Kita Boleh Buat Sekarang?

  1. Kurangkan aktiviti luar, terutamanya waktu bacaan IPU tinggi.

  2. Tutup tingkap waktu siang, supaya jerebu tak masuk rumah.

  3. Minum air banyak, bantu tubuh singkir toksin.

  4. Guna penapis udara berkualiti, macam HIt — especially kalau ada anak-anak kecil.

Sekarang ni bukan masa nak ambil mudah. Kita tak boleh kawal udara luar, tapi kita boleh pastikan udara dalam rumah sentiasa bersih dan selamat.

Kalau korang tengah cari penapis udara yang berbaloi, berkesan dan bergaya, memang tak salah kalau pilih HIt sebagai pelaburan untuk kesihatan seisi rumah ❤️

Stay safe, stay indoor, and stay clean – especially the air you breathe. 🌫️💨

kalau korang sedang mencari penapis udara HIT LG boleh contact Nana




No comments:

Post a Comment

Translate

🎂 Selamat Hari Jadi Angah yang ke-12! 🎉

2 Ogos setiap tahun memang tarikh keramat untuk keluarga kecil kami — hari lahir Angah, anak nombor dua yang penuh dengan karakter unik dan ...