Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog saya π
Hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang sangat bermakna dan baru dalam hidup saya – saya baru sahaja mula berjinak-jinak dalam dunia travel agent! Fokus saya buat masa ini adalah pakej ke Pulau Perhentian, Redang dan Semporna – antara destinasi yang memang sangat terkenal dan cantik di Malaysia ππ️
Sebenarnya, minat dalam bidang pelancongan ini dah lama ada. Saya memang suka tengok tempat-tempat menarik, pantai cantik, laut jernih, dan tengok orang lain gembira bila melancong. Tapi saya tak sangka saya sendiri akan terlibat dalam bidang ini satu hari nanti – dan Alhamdulillah, peluang itu datang juga.
Lagi best, kerja ni boleh buat dari rumah. Jadi sambil saya cari rezeki, saya masih boleh jaga dan luangkan masa dengan anak-anak. Anak-anak pun dekat je dengan saya. Tak perlu nak tinggal-tinggal lama atau kejar masa macam kerja biasa. Ini yang paling saya syukuri π
Saya masih baru dalam bidang ni, masih belajar. Tapi saya percaya, setiap permulaan ada cabarannya, dan selagi ada semangat, kita pasti boleh capai sesuatu. Dalam masa yang sama, saya masih aktif buat Sales Online produk LG juga – satu lagi cabang side income yang saya usahakan.
Selagi saya mampu, saya akan terus berusaha untuk cari pendapatan tambahan. Bukan untuk diri saya sahaja, tapi demi anak-anak saya juga. Saya nak mereka lihat contoh yang baik – yang kita boleh usaha, kita boleh bangkit dan cari jalan sendiri tanpa mengharap pada sesiapa.
Doakan saya terus kuat dan berjaya dalam bidang yang saya minat ini. Kalau ada yang nak tahu tentang pakej ke Perhentian, Redang atau Semporna – boleh je hubungi saya, insyaAllah saya akan bantu sebaik mungkin π₯°
Terima kasih kerana singgah baca, dan kalau anda pun ada impian atau minat yang belum dicapai – percayalah, tak pernah terlambat untuk bermula.
Salam sayang dari Cik Nana
No comments:
Post a Comment