Dari awal pagi lagi dia dah siap dengan wishlist birthday. Tak minta hadiah mainan ke, gadget ke... tapi nak order makan kat family.Mart! Katanya:
“Nak makan Ramen Cheese! Lepas tu aiskrim Ai Cha yang tu... yang coklat tu... malam kita makan Nasi Kandar Al Falah eh!”
Haa nampak tak selera dia? Dah macam mukbang planner. 😄
Yang kelakar tu, walaupun minat makan tu macam-macam, dia boleh habiskan. Tapi tetap nak semua. Kita yang risau takut menbazir.Bila ditanya, dia jawab dengan penuh yakin:
“Kita makan untuk celebrate... bukan sebab lapar.” 😂
Si Kecil yang Makin Besar
Walaupun Angah ni nampak macam manja dan drama queen sikit, sebenarnya dia la geng gaduh ayah dia. Kalau ayahnya lambat sikit ambil dari sekolah — bersedialah untuk episod air mata. Siap mesej:
“Ayah kat mana? Kawan saya semua dah balik 😭😭😭”
Tapi bila ayah sampai, terus senyum macam tak ada apa jadi. Ayah dia pun dah lali, kadang geleng kepala je. Memang ada chemistry gaduh-manja yang tak boleh lawan. 😅
Tahun Terakhir Sebelum Remaja
Umur 12 ni macam borderline — masih budak, tapi hati dah macam remaja. Nak baju pilih sendiri. Rambut pun tak boleh potong sembarangan. Lagu? Eh, semua lagu TikTok dia hafal. Tapi satu yang kekal — dia tetap anak ayah & ibu yang manja dan penyayang.
Selamat Hari Lahir, Angah. Semoga jadi anak yang baik, solehah, pandai jaga hati orang dan terus buat kami bangga. Ibu dengan ayah doakan yang terbaik selalu.
Terima kasih kerana jadikan hidup kami lebih ceria (walaupun kadang-kadang dramatic sikit 😜).
No comments:
Post a Comment